Hai rakan semua.Selalu hari2 saya dok bebel pasal benda bukan2 kan?Tapi hari nie,apakata kita cuba renungkan kembali.Lama mana la kita tak mengaji baca Quran.Terkadang bila teringat zaman kecil2 baca Iqra' dan Al Quran dekat rumah jiran belakang rumah,rindu sangat saat time.Wajah suci polos comel pakai tudung.Ecehhh,muke kanak2 ribena la kan time tuh.HAHA.Tapi serious,time tu la,punya la rajin berjalan kaki tiap2 hari semata berkejar nak beratur depan sekali supaya cepat habis dan baca.Kalau dapat duduk belakang pun,punya beria2 menghafal dulu sebelum ustazah panggil.Sebabnya takur sangat kena rotan panjang tebal die tuh.HEHE.Bacaan diteruskan sehinggalah meningkat dewasa.Dan akhirnya pada saat kaki ini melangkah bebas keluar dari rumah,diri mula alpa dan lupa akan segala amalan wajib yang dilakukan sehari-harian ketika berada di rumah.Hanya lakukan yang wajib.Sunat,entah hilang ke mana.Betapa lah rasa diri nie macam rugi sangat menghabiskan masa dengan perkara yang melalaikan.
So,rakan-rakan apa kata,kita cuba cuba dan cuba,imbas kembali saat kali terakhir kalimah suci itu lahir dari bibir,jadikan semula segala yang dulu nya menjadi amalan harian.Jadi saya seru buat semua,marilah kita menuju ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana.Mulakan kembali apa yang tertinggal dulu.Cuba kita renung,sehari 5 kali solat.Ditambah lagi dgn amalan2 sunat yang lain.Solat sunat,bacaan Quran.MasyaAllah,betapa banyak pahala dan ganjaran yang kita peroleh.PAUSE*
Umat Islam berlumba-lumba membaca Al-Qur’an dengan banyak pada bulan Ramadhan.Tapi
persoalannya,kenapa hanya di bulan Ramadhan?Yakin kah kita akan usia akan lagi panjang akan datang?Sesungguhnya,ajal dan maut,rezeki serta jodoh bukan ditangan kita wahai teman.
Cuba bayangkan,sehari lima kali solat,jika dalam sehari tu,usai solat kita baca dalam 2 helaian Al Quran,sehari lima kali,dah jadi 10 muka surat.Berapa minit sangat lah masa yang diambil nak dibandingkan dengan kerja lain yang tak berapa nak faedah kita buat sampai berjam-jam kan?Ok,lepas tu,kalau lah hari2 kita baca sekurang-kurangnya 10 helai,kalau lebih,Ya Allah lagi bagus sangat2.Sejuk hati mak ayah kita ;) .Mari hitung kembali,tak mustahil dalam masa 3 bulan saja,kita dah khatam satu Quran.Ya Allah,sekejapnya kan?Dalam setahun,3 kali khatam.Betapa besarnya ganjaran dan pahala yang kita dapat.InshaaAllah,maka rakan sekalian,jom kita mula amalkan mulai dari sekarang.Tapi sebelum tu,saya ingin ingatkan pada semua,apabila baca Quran ni perlulah dengan penuh adab dan diberi perhatian terhadap tajwid di dalamnya.
Seperti Firman Allah dalam Al-Qur’an,
Bacalah Al-Qur’an dengan bacaan yang betul (tartil)” (Surah Muzammil, ayat 4).
Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan ketika ditanya tentang maksud tartil menjawab,
“Membaca Al-Qur’an dengan tartil tidak cepat dan tidak pula terlalu memanjangkan madnya, seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang berlagak menjadi ulama dan yang mengaku pandai tajwid, ini bukan tajwid, ini bukan tajwid! Ini seperti menyanyi“.
Akhir kata,wahai manusia,serulah manusia ke jalan Allah dengan hikmah dan bijaksana ;)
Pesanan ikhlas,Bacalah Al-Quran secara berpanjangan (tidak hanya pada suatu ketika sahaja)
dan
Bacalah dengan baik dalam jumlah yang sebanyak mungkin.
Sesungguhnya ganjaran membaca Al-Qur’an dikira pada jumlah huruf yang dibaca. Ini dapat difahami dari hadith nabi,
“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, aku tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari).
Namun,perlulah diingatkan rakan yang disayangi sekalian,janganlah terlalu mengejar menghabiskan juz Al Qur'an,sehingga kita tertinggal tartil serta adab bacaan.Jadi bacalah dengan perlahan serta tajwid yang betul.Lagi bagus kalau secara bertarannum dan alunan lagu,MasyaAllah,mesti sejuk jer hati bila dengar kan ;)
Ayat di bawah menjelaskan bahawa keutamaan sesuatu amal itu bergantung pada kualiti perlaksanaan, bukan berdasarkan kuantiti.Renung-renungkan,dan selamat beramal ;)
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa Maha Pengampun”. (Surah Al-Mulk,ayat 2)
p/s:Di bawah ni saya ada sediakan link untuk cara bacaan Al-Qur'an.Betapa mudahnya mengalunkan ayat-ayat suci jikalau kita fahami tajwid yang terdapat di dalamnya.Sila klik di sini
Pelajari Hukum Tajwid dalam Al- Qur'an.Wassalam.
Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)
No comments:
Post a Comment