-->
skip to main | skip to sidebar

Sweet.Lavender.Story.

>


Daisypath Anniversary tickers
hey guy , welcome to my simple blog :) first of all , alhamdulillah akhirnya berjaya jugak mewujudkan semula blog ini. i'm WAN NATINA EMILIA WAN MOHD YAACOB and TINA@EMY for short. i'm just an ordinary girl who wanna my dream come true one day. blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi cerita tentang kehidupan seharian saya with my big happy family of mine dan orang2 disekeliling yg memberi rencah pahit & manis kehidupan. i love them so muchhhh. they always make me smile, thanks for being the best family members and friends ever ! to my parents, thanks for everything. u make me know the world, without both of you i'm nothing. i do have 2 beautiful sista and 2 handsome brotha:) glad to write all of my sweet story here.thanks for visit my blog. please come again. hope u enjoy ;)
love mereka selamanya
Photobucket

wan mohd yaacob .

nor anillah .

wan natina emilia .

wan nadia elliani .

wan nadira eliyana .

wan mohd nasrul naqim .

wan mohd nazril naim .

My Family and Friends My SOUL

Status Empunya Diri

Year of 2013 :

Enjoying Single Happy Life :DD

Wahai bakal suamiku ;)

BAKAL SUAMI TERCINTA

Wahai bakal suami,

Saya tak minta banyak, cukup lah 3 4 5 6 perkara. Yela, untuk masa depan kita dan anak anak, saya nak bapa yang terbaik untuk mereka.
Wahai bakal suami,
Kan bagus kalau awak dapat imamkan saya dan anak anak nanti. Sejuk hati saya. Saya tak mintak awal hafal sebijik al-Quran, cukup la awak tahu membaca, mengenal tajwid, nanti nanti awak boleh ajar anak kita mengaji. Saya tolong awak :) 

Wahai bakal suami,
Harapnya awak cukup solat, puasa, at least awak bukan kaki ponteng solat. Bukan apa, penting kalau kita solat ni. Besar rahmatnya, diredhai tau. Dilindungi, mungkin ada jugak rasa takut untuk berbuat jahat kan. In shaa Allah.
Wahai bakal suami,
Saya bukan la materialistik. Takde la nak pandang awak cam pandang duit kan. Tapi saya suka lelaki yang bekerja, bermotivasi, lagi baik kalau lebih hebat dari saya. Kalau awak tak belajar tinggi tinggi pun awak tetap boleh berjaya macam papa saya. Eh. Saya tak minta kerja besar besar, cukup la kalau awak dapat tanggung makan minum kita sekeluarga nanti. 

Wahai bakal suami,
Perempuan tak suka lelaki hisap rokok, percayalah. Awak mungkin cakap nampak macho, tapi saya memang tak suka. Benci asap rokok. Dan bukan saya sorang tak suka, awak tanya kawan kawan perempuan awak. Tapi jangan la tanya perempuan yang hisap rokok jugak, haruslah jawapan diorang, " Ntah. Aku ok jee".
Wahai bakal suami,
Kalau awak cakap perempuan suka rumah besar besar, mewah mewah, saya jujur, perempuan mana tak suka, tapi eloklah kite bersederhana.
Tak besar mana pun tape. 2 tingkat ok kot. 3 or 4 bilik ke.HAHA.gurau!
Bukan apa, penat la nak kemas kalau rumah besar sangat. Boleh kan sayang? 

Wahai bakal suami,
Bukan semua perempuan suka rantai belian emas, dan saya pun tanak semua itu. Cukuplah kalau awak dapat luang masa tiap malam dengan saya dan anak anak. Dengan saya lagi lagi kan. Eheemmm ehemm. Bahagianya saya kalau tiap malam dapat tengok tv, makan malam dengan awak dan anak anak.
Wahai bakal suami,
Harapnya sebelum awak kahwin saya, awak tak "nikah" perempuan lain dulu la. Saya tanak la bekas orang.  Nanti dah tak syok laa. Ingat laki je ke tau "bekas bekas" ni?
Kalau boleh awak hak saya sorang je. Tak mau kongsi kongsi tau.

Wahai bakal suami,
Kalau saya terleka, ingatkan la saya, kalau saya terlanjur, tegurlah saya, kalau boleh janganlah awak sentuh saya, sebab saya nak rasa nikmat sentuhan awak lepas awak sah jadi suami saya.
Ajarkan saya apa yang saya tak tahu, bimbinglah saya dan anak anak.

Wahai bakal suami,
Saya tahu, awak pasti lelaki yang baik bila awak jaga saya macam bakal isteri awak. Awak mesti nak yang terbaik dari bakal isteri awak, dan begitu juga saya. 

Salam sayang.
Warkah dari bakal isteri :)


" Andai dia baik untukku, maka eratkanlah, peliharalah, berkatilah hubungan kami, namun andai dia tidak baik untukku, jauhkan dia dariku, moga aku sentiasa terpelihara, dan dipertemukan jodoh dengan orang yang benar untukku. Amin "




Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Wednesday, February 27, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jom Baca Quran! ;)


Hai rakan semua.Selalu hari2 saya dok bebel pasal benda bukan2 kan?Tapi hari nie,apakata kita cuba renungkan kembali.Lama mana la kita tak mengaji baca Quran.Terkadang bila teringat zaman kecil2 baca Iqra' dan Al Quran dekat rumah jiran belakang rumah,rindu sangat saat time.Wajah suci polos comel pakai tudung.Ecehhh,muke kanak2 ribena la kan time tuh.HAHA.Tapi serious,time tu la,punya la rajin berjalan kaki tiap2 hari semata berkejar nak beratur depan sekali supaya cepat habis dan baca.Kalau dapat duduk belakang pun,punya beria2 menghafal dulu sebelum ustazah panggil.Sebabnya takur sangat kena rotan panjang tebal die tuh.HEHE.Bacaan diteruskan sehinggalah meningkat dewasa.Dan akhirnya pada saat kaki ini melangkah bebas keluar dari rumah,diri mula alpa dan lupa akan segala amalan wajib yang dilakukan sehari-harian ketika berada di rumah.Hanya lakukan yang wajib.Sunat,entah hilang ke mana.Betapa lah rasa diri nie macam rugi sangat menghabiskan masa dengan perkara yang melalaikan.

So,rakan-rakan apa kata,kita cuba cuba dan cuba,imbas kembali saat kali terakhir kalimah suci itu lahir dari bibir,jadikan semula segala yang dulu nya menjadi amalan harian.Jadi saya seru buat semua,marilah kita menuju ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana.Mulakan kembali apa yang tertinggal dulu.Cuba kita renung,sehari 5 kali solat.Ditambah lagi dgn amalan2 sunat yang lain.Solat sunat,bacaan Quran.MasyaAllah,betapa banyak pahala dan ganjaran yang kita peroleh.PAUSE*

Umat Islam berlumba-lumba membaca Al-Qur’an dengan banyak pada bulan Ramadhan.Tapi
persoalannya,kenapa hanya di bulan Ramadhan?Yakin kah kita akan usia akan lagi panjang akan datang?Sesungguhnya,ajal dan maut,rezeki serta jodoh bukan ditangan kita wahai teman.

Cuba bayangkan,sehari lima kali solat,jika dalam sehari tu,usai solat kita baca dalam 2 helaian Al Quran,sehari lima kali,dah jadi 10 muka surat.Berapa minit sangat lah masa yang diambil nak dibandingkan dengan kerja lain yang tak berapa nak faedah kita buat sampai berjam-jam kan?Ok,lepas tu,kalau lah hari2 kita baca sekurang-kurangnya 10 helai,kalau lebih,Ya Allah lagi bagus sangat2.Sejuk hati mak ayah kita ;) .Mari hitung kembali,tak mustahil dalam masa 3 bulan saja,kita dah khatam satu Quran.Ya Allah,sekejapnya kan?Dalam setahun,3 kali khatam.Betapa besarnya ganjaran dan pahala yang kita dapat.InshaaAllah,maka rakan sekalian,jom kita mula amalkan mulai dari sekarang.Tapi sebelum tu,saya ingin ingatkan pada semua,apabila baca Quran ni perlulah dengan penuh adab dan diberi perhatian terhadap tajwid di dalamnya.

Seperti Firman Allah dalam Al-Qur’an,
Bacalah Al-Qur’an dengan bacaan yang betul (tartil)” (Surah Muzammil, ayat 4).
Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan ketika ditanya tentang maksud tartil menjawab,
“Membaca Al-Qur’an dengan tartil tidak cepat dan tidak pula terlalu memanjangkan madnya, seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang berlagak menjadi ulama dan yang mengaku pandai tajwid, ini bukan tajwid, ini bukan tajwid! Ini seperti menyanyi“.

Akhir kata,wahai manusia,serulah manusia ke jalan Allah dengan hikmah dan bijaksana ;)
Pesanan ikhlas,Bacalah Al-Quran secara berpanjangan (tidak hanya pada suatu ketika sahaja)
dan
Bacalah dengan baik dalam jumlah yang sebanyak mungkin.
Sesungguhnya ganjaran membaca Al-Qur’an dikira pada jumlah huruf yang dibaca. Ini dapat difahami dari hadith nabi,
“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, aku tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari).

Namun,perlulah diingatkan rakan yang disayangi sekalian,janganlah terlalu mengejar menghabiskan juz Al Qur'an,sehingga kita tertinggal tartil serta adab bacaan.Jadi bacalah dengan perlahan serta tajwid yang betul.Lagi bagus kalau secara bertarannum dan alunan lagu,MasyaAllah,mesti sejuk jer hati bila dengar kan ;)
Ayat di bawah menjelaskan bahawa keutamaan sesuatu amal itu bergantung pada kualiti perlaksanaan, bukan berdasarkan kuantiti.Renung-renungkan,dan selamat beramal ;)

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa Maha Pengampun”. (Surah Al-Mulk,ayat 2)

p/s:Di bawah ni saya ada sediakan link untuk cara bacaan Al-Qur'an.Betapa mudahnya mengalunkan ayat-ayat suci jikalau kita fahami tajwid yang terdapat di dalamnya.Sila klik di sini Pelajari Hukum Tajwid dalam Al- Qur'an.Wassalam. 

Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, February 22, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Selamat Hari Lahir PAPA !


Sempena ulangtahun kelahiran PAPA, ingin aku kongsikan nurkilan tulisan yg baitnya amat memberi makna bagi aku yang bernama seorang anak.Hayatilah teman-teman.

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Sungguh kadangkala insan yang banyak berusaha mencari nafkah demi keluarga ini sering dilupakan. bila diperlukan barulah dicari. Bagiku, tiada insan ini, tidak mungkin saya mampu berada di tempat saya berada sekarang. dari kecil belajar sehingga usia kini 23 tahun. perbelanjaan harian, keceriaan dalam keluarga. tegasnya demi kebaikan. gurauannya untuk kegembiraan keluarga. mungkin sesekali ada bicaranya yang menghiris hati seorang anak tapi dari sudut positifnya, di situlah terlihat sikap ambil beratnya dia. 


SAYA

 SAYANG PAPA!!






SELAMAT HARI LAHIR PAPA!!


Semoga papa sentiasa di bawah rahmatNya. 

Setiap nafasmu ayah, 

Setiap denyutan nadimu ayah, 

Setiap langkahmu keluar mencari nafkah, 

Setiap tindak-tandukmu, 
Setiap apa yang kamu lakukan,
Semoga semuanya diberkati Ilahi. 


Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku ini, 

Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu,

Adam yang hadir dalam setiap doa setelah solatku, 

Dia yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu,

Yang hidupnya bukan hanya untuk dirinya sendiri, 
tetapi juga untukku, mama serta adik-adikku. 

Lelaki ini yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku,
Lelaki ini yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi sedihnya, 
Lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya, 
Hero yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah, 
Ketua yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya,
Pejuang hidup yang selalu mengingatkanku akan mimpi besarku, 
Seorang pahlawan kebanggaan keluargaku, 
Bapa yang sering ku mendampingi utk menuju JannahMu. 

Dan aku berdoa untuknya, 
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk melewati cubaanMu, 
Agar dia mampu bangkit tiap kali badai menerpa, 
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu,
Berikanlah dia hati yang senantiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu, 

Berikanlah dia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dariMu, 
Dan berikanlah dia umur yang berkah, sehingga tiap detik waktunya tak sia-sia di mataMu.



Aminnn.


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Monday, February 18, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TWO things that we must hold in life!



Ok, for today miss nak membebel sikit pasal 2 perkara yg kita perlu pegang dalam hidup.  Bagi miss, tanpa mereka mereka yang hadir disekeliling kita, KOMPEM akan buat miss rasa sangat sunyi dan unhappy.You know why? Because of these TWO things, adalah orang yg sgt berharga dan yang paling miss sayang dlm hidup! Wanna know that most important things? Ok meh sini miss bgtaw. Sila kalian hayati video-video di bawah dan cari dimana NILAI yang sangat miss ambil berat dalam hidup!

RELATIONSHIP WITH THE LOVE ONE




RELATIONSHIP WITH FAMILIES



Dah lihat dan hayati? Bagi pendapat miss, video nie tersangat lah SWEET okay! Ini bagi mereka yg mampu utk buat surprise bagai. Tapi bagi miss, yg perlu kita perhatikan adalah NILAI yang terkandung dalam video tersebut.Ok sekarang kalian taw apa DUA perkara yang miss sangat hargai dalam hidup?The FIRST one is KASIH SAYANG dan SECOND is KELUARGA. Terkadang miss terfikir, andai satu hari, mereka mereka ini hilang dan pergi dari hidup miss, boleh jadi GILOS dibuatnya.Tak sanggup weh! Jadi pesanan ikhlas dari miss buat semua, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang! Ehhhh??Hehehe ;p 

PLEASE,LOVE AND APPRECIATE THEM!



Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Monday, February 04, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

#MyLifeQuote


Do whatever you think is right , as long as you don't disrupt the lives of others , because no matter what it is you do , there will always going to be someone there to criticize you .

Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Saturday, February 02, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Nak cari ape?Mai klik sini! ;)

Gula Hati Saya ;)

  • ♥ MY HAPPY LIFE! ♥
  • ♥ KESAYANGAN SAYA ♥
  • ♥ SUPERB DADDY'S BIRTHDAY ♥
  • ♥ BIRHTDAY SURPRISE FOR BEAUTIFUL MOM ♥
  • ♥ HOME SWEET HOME,HEAVEN OF MY FAMILIA ♥
  • ♥48th BIRTHDAY CELEBRATION FOR PAPA♥

Wishlist

impian saye Sporty Ford Fiesta Good Career My Own Teratak Villa Loving Husband & Cute Children

All of my kesayangans

syg mereka

Here There Bout Me !

WAN NATINA EMILIA BT WAN MOHD YAACOB

Truly love my family and friends like DAMN! Live in Pekan, Pahang. Born on 18th July 1990. Degree holder of BBA (Hons) Marketing. Filling my free time by reads novel & decorating home. Love Purple,Lavender and Butterfly. Crazy to Home & Furniture Design !

Flashback :)

  • ▼  2013 (13)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ▼  February (5)
      • Wahai bakal suamiku ;)
      • Jom Baca Quran! ;)
      • Selamat Hari Lahir PAPA !
      • TWO things that we must hold in life!
      • #MyLifeQuote
  • ►  2011 (54)
    • ►  August (1)
    • ►  June (18)
    • ►  May (26)
    • ►  April (7)
    • ►  January (2)

Followers yang AWESOME!

 

Happy Life of Mine

Happy Life of Mine

My SKPJ's Besties

My SKPJ's Besties

My Ahmadian's Frenzies! ;)

My Ahmadian's Frenzies! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)









This blog kepunyaan Miss Lavender . Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa . Jika suka sila LIKE dan FOLLOW blog miss . Designed By cik WanNatinaEmilia