-->
skip to main | skip to sidebar

Sweet.Lavender.Story.

>


Daisypath Anniversary tickers
hey guy , welcome to my simple blog :) first of all , alhamdulillah akhirnya berjaya jugak mewujudkan semula blog ini. i'm WAN NATINA EMILIA WAN MOHD YAACOB and TINA@EMY for short. i'm just an ordinary girl who wanna my dream come true one day. blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi cerita tentang kehidupan seharian saya with my big happy family of mine dan orang2 disekeliling yg memberi rencah pahit & manis kehidupan. i love them so muchhhh. they always make me smile, thanks for being the best family members and friends ever ! to my parents, thanks for everything. u make me know the world, without both of you i'm nothing. i do have 2 beautiful sista and 2 handsome brotha:) glad to write all of my sweet story here.thanks for visit my blog. please come again. hope u enjoy ;)
love mereka selamanya
Photobucket

wan mohd yaacob .

nor anillah .

wan natina emilia .

wan nadia elliani .

wan nadira eliyana .

wan mohd nasrul naqim .

wan mohd nazril naim .

My Family and Friends My SOUL

Status Empunya Diri

Year of 2013 :

Enjoying Single Happy Life :DD

jodoh aturan keluarga :D

Jodoh diaturkan oleh ibubapa. Apa pendapat korang? Ada yang cakap sekarang dah takde style mcm tu tp sebenarnya cara tu masih ada and akan tetap ada. Bagus ke jodoh pilihan parents ni? Atau ada sebab disebaliknya?

Sememangnya parents mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh nak bakal suami anak mereka yang mampu menyenangkan hidup, memberi kemewahan, keselesaan hidup dan segalanya. Tipulah kalau kita sendiri taknak itu semua kan. Tapi biarlah semua tu dilatari dengan kasih sayang yang cukup jugak. Ada harta bertimbun pun tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Kenapa nak aturkan jodoh anak sedangkan dah tahu hati anak sudah ada yang empunya? Mungkin sebab pilihan mereka tu lebih elok di mata mereka. Lebih pandai menarik hati mereka berbanding yang lain. Aku tak tujukan entry ni utk sesiapa tapi just lately byk dgr cerita psl ni. Duk kat rumah pun kdg-kdg bercerita jgk psl ni. Takot okey.

Bayangkan orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah tahu hati budi akan jadi teman hidup kita selamanya. Ape rasa? Bagi yang tak kisah tu takpelah, tapi bagi aku itu memang tak boleh nak dibayangkan. Memanglah orang cakap "bercinta lepas kawen pun boleh" tapi terkadang kita perlukan masa utk mengenali sesorang yang baru. Bukan main harung je semua yang datang. Bercinta lepas kawen itu bagus. Boleh jauhkan dosa tp aku fikir kalau kita tak dapat serasi dengan pasangan, apa guna jodoh yang diaturkan? Kalau lepas kawen bergaduh, tak sepakat, asyik dengan airmata je masa tu sape nak disalahkan? Adakah itu yang terbaik untuk anak?

Harta benda wang ringgit bukan segalanya. Semua tu tak boleh beli hati dan perasaan. Let say jodoh pilihan parents tu seorang Doktor, Lawyer etcs. Yes, pada sebutan jawatan memang best. Memang beruntung sape dapat. Bak kata orang "lepas kawen cuci kaki je masuk rumah". Hidup senang, mewah. Tapi kalau tak boleh serasi dan sependapat berguna ke harta tu semua? Hidup senang lenang, nak beli ape semua dapat. Tapi hari-hari bertengkar dengan suami, hari-hari suami asyik busy je. Best ke tu yea? Kalau dapat yg serasi baguslah, alhhamdulillah. Sedangkan yang bercinta bertahun pun tak semestinya serasi inikan pulak yang tiba-tiba duduk sebumbung makan semeja. Ya Allah, tak boleh bayang tu semua. Serious.

Parents tak seharusnya mendesak. Especially kalau anak tu still muda remaja. Bagilah diaorang enjoy zaman muda diaorang dulu. Nanti dah kawen, dah ada komitmen hidup anak-anak dah x sama macam sekarang. Dah ada suami, family, anak-anak sendiri pulak hidup mereka akan terbatas. Mungkin diaorang dah ready untuk ada komitmen, tapi bukan dengan orang yang mereka tak kenal. So biarkan diaorang bebas dulu enjoy dengan kawan-kawan sebaya. Tak lari gunung dikejar. Jodoh takkan kemana. Tuhan tu maha Adil.

Aku bukan ape kalau boleh hope parents bagi la peluang untuk anak-anak buat pilihan sendiri. Ini kan masa depan mereka. Janganlah jadi terlalu mengatur masa depan anak-anak. Betul parents lebih banyak makan garam tapi janganlah sampai mcm tu. Bagi aku jodoh pilihan parents ni tak best la. Bukan aku ckp semua pilihan parents tu memang akan tak bahagia bila kawen. No, dont get me wrong. Tapi kalau boleh biarlah anak tu sendiri pilih siapa yang mereka nak pilih utk berkongsi hidup melainkan anak tu sendiri yang bagi izin parents supaya carikan mereka jodoh, itu lainlah kan. Okey, bagi pilihan itu tak salah tapi jangan mendesak. End up anak tu lari dari rumah macam mana? Anak tu jugak yang salah? Renung-renungkan.


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Tuesday, May 31, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

apa khabar jodohku ?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Tuesday, May 31, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tips : period pain . sakit sgt ke ?


Ramai yang tak faham and tanya "kenapa perempuan asyik nak badmood je tetiap bulan?".Ramai jugak yang boleh bagi jawapannya kan. Standardlah perempuan dengan sebulan sekali memang mcm isi dgn kuku. Tak boleh berpisah okey. Perempuan bila datang bulan, gerhana seluruh Malaysia tau! Jangan nak cuba try test cucuk hangin la kalau takut gempa bumi berlaku lagi. Hikhik.



Orang cakap "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Exactly right! Tapi satu yang wajib sinonim antara semua perempuan adalah datang bulan. Yes, bendera merah dan yang sewaktu dengannya. Lelaki cakap perempuan kalau datang bulan kemain lagi hangin. Marah sana marah sini. Betul ke? Aku rasa takde lah betul sangat point yang diaorg bagi tu. Tapi kdg-kdg betul jugak nak-nak lagi time time ter-emo lebih tu. Lajuuuu je memarah kat orang. Teheee. Ampun yaa! :)



Sebenarnya bukan itu yang aku nk cakap harini. Apa yg aku nak cakap adalah masalah senggugut yang dialami oleh kaum-kaum Hawa ketika datang bulan. Aku tak tapis-tapis entry ni pun. Bukannya aku mencarut ke ape dalam ni kan nak tapis-tapis bagai. Aku cakap benda yang fakta semua orang tahu. And lelaki pon seharusnya tahu akan hal ini supaya diaorang boleh faham and caring lebih kat gf-gf diaorang time gf diaorg mengalami keadaan ini. Hah kau hamek aku kasi ayat skema jawapan punye tu. Huhu.
Senggugut atau lebih dikenali sbg period pain ni tak semua perempuan yang akan rasa. For those yang datang bulan tu chill chill je untunglah kan. Tapi utk yang jenis kalau dtg bulan je rasa mcm nk beranak, hah tu yang kesian. Serious korang patut kesian kt diaorng. Aku pernah jugak merasa cmne feeling orang senggugut ni. Boleh tahan sakit la. Memang nak pekena ubat sepuloh biji dan dan masa tu jugak rasa. Sakit dowh. Tak terjawab exam aku melayan sakit ni haa. Dah bertahun senggugut ni tak menyerang aku tup tup tahun ni dia datang rapat. Aduhh..



So macam mana nak hilangkan sakit senggugut ni?? Takkan takde cara. Ada banyak cara so depends on korang lah nak apply cara yang mana satu utk atasi sakit ni yeah. Meh aku share sikit cara-cara yang aku tahu. Setakat aku tahu and aku pernah apply je okey. So jangan demand nk harapkan aku list satu per satu cara mcm aku ni doktor sakit puan. No!


First, kalau korang diserang senggugut korang haruslah bertahan. Selama mana perlu bertahan? Itu bergantung pada daya ketahanan badan korang lah. Kalau aku tak boleh nak tahan sangat. Lama-lama tahan gua menangis gak beb sakit punye pasal. Huhu.


Second, kalau dah tahan tapi dia taknak hilang jugak sakitnya maka korang haruslah minum air masak banyak banyak banyak banyakkkk. Air masak kan boleh membantu sistem dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Ada jugak yang cakap, minum air bergas especially coke. Itu aku tak pasti tapi aku rasa berguna jugak. Tapi kalau minum tu jangan minum mcm minum air masak pulak banyak banyak. Haha. Minum sikit je sekadar nak bagi air bergas tu mengalir dlm badan. Ewah sedap pulak aku hurai. Haha :P
Ketiga, makan ubat untuk hilangkan rasa sakit. Ops tapi kalau boleh please lah elakkan dari mengambil pain killer. Alaaa ubat color pink kat atas ni la. Tak semua benda warna pink itu cantek dan bagus untuk kesihatan. Hehe. Kalau korang nak makan ubat, makan ubat tahan sakit or panadol sudah. Sebab painkiller ni nampak je cantek color pink bagai. Tapi dia punye long term effect tu korang kemungkinan besar akan mandul tau! So better korang amek ubat biasa-biasa je yea.

Keempat, untuk lebih cepat sakit korang tu berkurang better korang sapu minyak jugak kat perut korang. Aku prefer minyak angin sebab dia panas so dia akan cepat masuk meresap dlm perut and perut korang akan cepat rasa lega. Satu lagi yang biasa aku apply adalah minyak ape eh. Aduhh aku lupe nama minyak tu. Dia dalam botol biru tudung botol tu kuning. Wangi ala-ala minyak gamat jugak. Bagus jugak minyak tu tau. Tapi sayang tak ingat nama. Huhu (^_^)

Kelima, bila korang dah apply semua cara kat atas tadi tu especially cara ketiga tu confirm punye korang akan rasa nak lali. Haha. Aku sendiri pun sama. Lepas panadol atau tahan sakit dua biji masuk mulut, tak lama la tu rasa nak terbungkang. So korang kena tido supaya sakit senggugut tu tak rasa. Aku biasa dua jam pertama memang takkan sedar la. Lepas effect ubat tu dah habis baru aku akan sedar "eh aku dah tertidur rupenye". Haha.

So dah dapat info sikit-sikit? Ok la tu kan. Cukup ler dari takde ape-ape. Aku nak cakap bagi tips lelebih kang kalau salah orang aku pulak yang kena. Hehe. :P



Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, May 27, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

copy & paste cerita lawak . haha !

Hee~ tadi aku search lam internet sal cerita lawak , tup , tup , jumpa yang ini , haha , lawaknya , sila bace kat bawah ini .


Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, May 27, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

jika aku jatuh hati


Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...



Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...



Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...



Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...



Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...



Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...



Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...



Amin ya rabbal alamin...


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, May 27, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

GIRL must know this :)


Tanda ke-1
Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

Tanda ke-2
Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya

Tanda ke-3
Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

Tanda ke-4
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

Tanda ke-5
Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

Tanda ke-6
Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga

Tanda ke-7
Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya

Tanda ke-8
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya

Tanda ke-9
Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia ingin kekasihnya melayaninya lebih daripada orang lain.

Tanda ke-10
Dia menjadi orang yang sangat rajin dan membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

Tanda ke-11
Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

Tanda ke-12
Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama

Tanda ke-13
Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya

Tanda ke-14
Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri

Tanda ke-15
Dia kerap bertanya apkah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya

Tanda ke-16
Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya

Tanda ke-17
Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya

Tanda ke-18
Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain

Tanda ke-19
Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa sedih dan tidak akan percaya lagi dengan wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.

Tanda ke-20
Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal warasnya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya.

Tanda ke-21
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta maupun nyawanya sendiri

Tanda ke-22
Dia tidak akan berlaku curang dengan kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu beerti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

Tanda ke-23
Tidak semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita.










Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, May 27, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

this make me burst into tears :'( hurmmm ~


Hi, Mommy . I’m your baby . You don’t know me yet , I’m only a few weeks
old . You’re going to find out about me soon , though , I promise . Let me
tell you some things about me . My name is John , and I’ve got beautiful
brown eyes and black hair . Well , I don’t have it yet , but I will when
I’m born . I’m going to be your only child , and you’ll call me your one
and only . I’m going to grow up without a daddy mostly , but we have each
other . We’ll help each other , and love each other . I want to be a doctor
when I grow up .

You
found out about me today , Mommy ! You were so excited , you couldn’t wait
to tell everyone . All you could do all day was smile , and life was
perfect . You have a beautiful smile , Mommy . It will be the first face I
will see in my life , and it will be the best thing I see in my life . I
know it already .

Today was the day you told Daddy . You
were so excited to tell him about me ! … He wasn’t happy , Mommy . He kind
of got angry . I don’t think that you noticed , but he did . He started to
talk about something called wedlock , and money , and bills , and stuff I
don’t think I understand yet . You were still happy , though , so it was
okay . Then he did something scary , Mommy . He hit you . I could feel you
fall backward , and your hands flying up to protect me . I was okay … but I
was very sad for you . You were crying then , Mommy . That’s a sound I
don’t like . It doesn’t make me feel good . It made me cry , too . He said
sorry after , and he hugged you again . You forgave him , Mommy , but I’m
not sure if I do . It wasn’t right . You say he loves you … why would he
hurt you ? I don’t like it , Mommy .

Finally ,
you can see me ! Your stomach is a little bit bigger , and you’re so
proud of me ! You went out with your mommy to buy new clothes , and you
were so so so happy . You sing to me , too . You have the most beautiful
voice in the whole wide world . When you sing is when I’m happiest . And
you talk to me , and I feel safe . So safe . You just wait and see , Mommy .
When I am born I will be perfect just for you . I will make you proud ,
and I will love you with all of my heart .

I can move my
hands and feet now , Mommy . I do it because you put your hands on your
belly to feel me , and I giggle . You giggle , too . I love you , Mommy .

Daddy
came to see you today , Mommy . I got really scared . He was acting funny
and he wasn’t talking right . He said he didn’t want you . I don’t know
why , but that’s what he said . And he hit you again . I got angry , Mommy .
When I grow up I promise I won’t let you get hurt ! I promise to protect
you . Daddy is bad . I don’t care if you think that he is a good person , I
think he’s bad . But he hit you , and he said he didn’t want us . He
doesn’t like me . Why doesn’t he like me , Mommy ?

You didn’t talk to me tonight , Mommy . Is everything okay ?

It’s
been three days since you saw Daddy . You haven’t talked to me or
touched me or anything since that . Don’t you still love me , Mommy ? I
still love you . I think you feel sad . The only time I feel you is when
you sleep . You sleep funny , kind of curled up on your side . And you hug
me with your arms , and I feel safe and warm again . Why don’t you do that
when you’re awake , any more ?

I’m 21 weeks old today ,
Mommy . Aren’t you proud of me ? We’re going somewhere today , and it’s
somewhere new . I’m excited . It looks like a hospital , too . I want to be a
doctor when I grow up , Mommy . Did I tell you that ? I hope you’re as
excited as I am . I can’t wait .

…Mommy ,
I’m getting scared . Your heart is still beating , but I don’t know what
you are thinking . The doctor is talking to you . I think something’s
going to happen soon . I’m really , really , really scared , Mommy . Please
tell me you love me . Then I will feel safe again . I love you !

Mommy ,
what are they doing to me !? It hurts ! Please make them stop ! It feels
bad ! Please , Mommy , please please help me ! Make them stop !

Don’t
worry Mommy , I’m safe . I’m in heaven with the angels now . They told me
what you did , and they said it’s called an abortion .

Why ,
Mommy ? Why did you do it ? Don’t you love me any more ? Why did you get
rid of me ? I’m really , really , really sorry if I did something wrong ,
Mommy . I love you , Mommy ! I love you with all of my heart . Why don’t you
love me ? What did I do to deserve what they did to me ? I want to live ,
Mommy ! Please ! It really , really hurts to see you not care about me , and
not talk to me . Didn’t I love you enough ? Please say you’ll keep me ,
Mommy ! I want to live smile and watch the clouds and see your face and
grow up and be a doctor . I don’t want to be here , I want you to love me
again ! I’m really really really sorry if I did something wrong . I love
you !

I love you , Mommy .


Every abortion is just …

One more heart that was stopped .
Two more eyes that will never see .
Two more hands that will never touch .
Two more legs that will never run .
One more mouth that will never speak .





Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Thursday, May 26, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

i hope u understand this [ ! ]


i love myself cuz god create a person for a reason .
to love and to beloved is part of nature, and i understood it in a very difficult way .
a rebelisious daughter and nothing should get in my way .
if u think u are one of the reason i cry at night please buzz off loossahh ! i don't need ya .
life change a person through time so , try to live my life to the fullest ♥ (:



Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Wednesday, May 25, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

di persimpangan dilema


Masa Berlalu, Tanpa ku Menyedari
Percintaan yang kita BINA
hampir Terlerai

Apa salahku kau buat ku begini
dalam dilema di antara jalan derita
tidak pernah ku duga
ini semua terjadi

Janganlah engkau, menghancurkan segala
setelah lama kita mengharungi bersama
usah biarkan Cinta kita yang suci
di lambung ombak karam dilautan berduri

Hanya satu pintaku
moga kau menginsafi
Semua ini

Telah banyak yang ku beri
sejak dulu lagi
pengorbanan tiada pernah jemu

Hanyalah tuhan saja
Bisa menentukan semua
kesabaran daku menantimu
ku tetap memaafkan
dan berdoa kau kembali
sebelum diri melangkah pergi


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Tuesday, May 24, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

hubungan jarak jauh

Seorang di Utara, seorang di Selatan . maybe sebab kerja ataupun belajar. cian ye .
Bak kata pepatah, "Walaupun jauh di Mata tetapi dekat di Hati" . kan kan kan .

Tips untuk kekalkan CINTA Jarak JAUH

1. Berusaha untuk berjumpa walaupun sekejap
-Walaupun berjauhan, tade halangan nak berjumpa kan. Hujung Minggu luangkan masa dengannya, sekiranya dia tidak dapat datang ke tempat kamu, pergi lah ke tempat si dia .

2. Berbincang sekiranya ada perbalahan di antara kamu dan si Dia
-ye la kan, mana ada couple yang tak pernah bergaduh kan? so, bila ada selisih faham antara kamu dan dia, bincangkan perkara tersebut dengan baik. Rendah kan Ego kamu terhadap pasangan supaya tidak menjadi lebih teruk.

3. Sentiasa mengingatkan diri untuk setia dengan Si Dia
-Hm. KESETIAN harus didalam sesebuah hubungan. Kesetian sangat diuji apabila pasangan berjauhan. nak BerKAWANdengan kawan yang berlainan jantina tu boleh, tetapi janganlah berlebihan sangat sampai timbul salah faham antara kamu dan pasangan.

4. Sentiasa berhubung
Sekarang ni dah ramai dah yang guna handphone kan, tipulah kalau takde. So, takde alasan la nak bagi kalau susah nak berhubung, kecuali di dalam hutan ke. huu. Sentiasa lah SMS dan telefon ! Ucapkan "Selamat Pagi" dan "Selamat Malam" kepada pasangan anda setiap hari :)

5. Percaya pada pasangan

Kenapa berCOUPLE kalau tiadakepercayaan pada pasangan. Walaupun berjahuan, kepercayaan kepada pasangan amat penting. Sekiranya ada sesuatu yang berlaku, jangan lah bertindak dengan melulu memarahi pasangan anda atau pun cemburu buta. Jika perasaan anda merasakan sesuatu yang mencurigakan terhadap pasangan anda, cubalah bertanya dan bertindakdengan rasional :) macam ni lahh nak menyatukan dua hati yang berjauhann kannn.. hee :)

6. Beri Kejutan Kepada Si Dia
Sekali-sekala buat lah benda ni. Kasi hadiah seperti Bear, cokelat, Bunga . aww. suka-suka . or keluar jalan-jalantempat best2, or candle light dinner ke. HAHA. dan yang penting jangan lupa tarikh-tarikh penting dalam hubungan. Time ni lah nak buat kejutan punn. Sweettt ~


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Monday, May 23, 2011 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Comments (Atom)

Nak cari ape?Mai klik sini! ;)

Gula Hati Saya ;)

  • ♥ MY HAPPY LIFE! ♥
  • ♥ KESAYANGAN SAYA ♥
  • ♥ SUPERB DADDY'S BIRTHDAY ♥
  • ♥ BIRHTDAY SURPRISE FOR BEAUTIFUL MOM ♥
  • ♥ HOME SWEET HOME,HEAVEN OF MY FAMILIA ♥
  • ♥48th BIRTHDAY CELEBRATION FOR PAPA♥

Wishlist

impian saye Sporty Ford Fiesta Good Career My Own Teratak Villa Loving Husband & Cute Children

All of my kesayangans

syg mereka

Here There Bout Me !

WAN NATINA EMILIA BT WAN MOHD YAACOB

Truly love my family and friends like DAMN! Live in Pekan, Pahang. Born on 18th July 1990. Degree holder of BBA (Hons) Marketing. Filling my free time by reads novel & decorating home. Love Purple,Lavender and Butterfly. Crazy to Home & Furniture Design !

Flashback :)

  • ►  2013 (13)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
  • ▼  2011 (54)
    • ►  August (1)
    • ►  June (18)
    • ▼  May (26)
      • jodoh aturan keluarga :D
      • apa khabar jodohku ?
      • Tips : period pain . sakit sgt ke ?
      • copy & paste cerita lawak . haha !
      • jika aku jatuh hati
      • GIRL must know this :)
      • this make me burst into tears :'( hurmmm ~
      • i hope u understand this [ ! ]
      • di persimpangan dilema
      • hubungan jarak jauh
      • kalaulahhh . . . . .
      • bilik utk twins Mariah Carey yg super cantik !
      • wanita permata yang sangat berharga :)
      • kenapa perempuan lawa pakai tudung
      • sabarlah wahai hati :)
      • anda bijak ? :)
      • baby baby baby .
      • BULU KETIAK punca hubungan PUTUS ?
      • HAWA
      • ehem ehem
      • saya nak jadi seperti awakkk :)
      • khas buat ibuku , nor anillah bt omar . . . .
      • 10 bahasa tubuh wanita yang membuat lelaki tergoda :)
      • assalamualaikum & hello peeps . neyy aku nakk p0st...
      • kenapa perempuan masih lagi SINGLE ?
      • Wanita Yang Indah
    • ►  April (7)
    • ►  January (2)

Followers yang AWESOME!

 

Happy Life of Mine

Happy Life of Mine

My SKPJ's Besties

My SKPJ's Besties

My Ahmadian's Frenzies! ;)

My Ahmadian's Frenzies! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)









This blog kepunyaan Miss Lavender . Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa . Jika suka sila LIKE dan FOLLOW blog miss . Designed By cik WanNatinaEmilia