-->
skip to main | skip to sidebar

Sweet.Lavender.Story.

>


Daisypath Anniversary tickers
hey guy , welcome to my simple blog :) first of all , alhamdulillah akhirnya berjaya jugak mewujudkan semula blog ini. i'm WAN NATINA EMILIA WAN MOHD YAACOB and TINA@EMY for short. i'm just an ordinary girl who wanna my dream come true one day. blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi cerita tentang kehidupan seharian saya with my big happy family of mine dan orang2 disekeliling yg memberi rencah pahit & manis kehidupan. i love them so muchhhh. they always make me smile, thanks for being the best family members and friends ever ! to my parents, thanks for everything. u make me know the world, without both of you i'm nothing. i do have 2 beautiful sista and 2 handsome brotha:) glad to write all of my sweet story here.thanks for visit my blog. please come again. hope u enjoy ;)
love mereka selamanya
Photobucket

wan mohd yaacob .

nor anillah .

wan natina emilia .

wan nadia elliani .

wan nadira eliyana .

wan mohd nasrul naqim .

wan mohd nazril naim .

My Family and Friends My SOUL

Status Empunya Diri

Year of 2013 :

Enjoying Single Happy Life :DD

Pergilah Wahai Rasa Hati Ini..


Cinta pertama hilang begitu saja, Bersama titis air mata dan luka. Tak mengapa, Aku kembali untuk menemukan cinta seterusnya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun aku telah dikecewakan. Kepada aku yang masih percaya, Walaupun aku telah dikhianati dulu. Kepada aku yang masih ingin mencintai, walaupun aku telah disakiti sebelumnya dan kepada aku yang cuba berani dan meyakinkan diri untuk membangunkan kembali kepercayaan itu buat kamu. Walau hakikatnya dahulu, rasa itu tidak pernah hadir. Demi menghargai engkau yg menyayangi aku, ku beri peluang itu. Ku cuba hulurkan kasih sepenuh hati ini.
 Namun ternyata yg kekecewaan kali kedua ini jauh lebih menyakitkan.Kerana ia berulang kembali. 

Seringkali mengigatkan hati ini supaya belajar tidak mengecewakan yg lain.Kerana saat ini aku terlalu mengerti dan memahami,betapa sakitnya rasa itu.Meskipun terlalu cinta, tidak ku biarkan diriku dilukai atas alasan yg sama.Kutahu diri tidak sempurna,terkadang melakukan kesilapan dan kesalahan.Andai hadirnya cinta hanya untuk mengecewakan,lebih baik ia tidak pernah hadir.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Kini, tiada lagi rasa bahawa kita adalah satu. Biarlah air mata yang bercerita, tentang kekecewaanku terhadapmu. Seringnya permasalahan sukar untuk diselesaikan, hanya dapat dipadamkan dengan membunuh perasaan sendiri, dengan menyedapkan hati sendiri, menyatakan bahawa semua baik-baik sahaja.

Dan sekarang, tiba masanya aku terlalu penat dalam berusaha, kurasa sungguh tidak berharga bila rasa ini diberikan. Semoga dengan perpisahan ini, dapat membunuh roda waktu kenangan dan menggilis setiap titik penantianku. Tak kan ada lagi waktu untuk bersama, tak kan ada lagi canda tawa kita saling bersuara. Semakin sesak nafas ku rasa saat ini, kerana akhirnya ku pilih hidup sendiri, dan akhirnya buatku bersedih sendiri. Kusimpan kenangan lalu itu, moga terselit hikmah di satu masa nanti.

" Sedikit waktu yg kau miliki,
Luangkanlah..
Sejujurnya ku selalu mengharap kau datangi aku,
Sekali ini ku mohon,ada satu yang ingin ku sampaikan,
Sempatkanlah..
Hampa,kesal dan amarah,
Segalanya ada dibenakku,
Terkadang luah hati ini tidak langsung menyentuh hatimu,
Kuingin marah dilempiaskan,
Kuingin dikau fahami,
Tapi ternyata ku hanya sendirian di sini..
Sesungguhnya aku teramat kecewa,
Sedetik ku menunggumu di sini,
Seharian berkali kulihat detik waktu,
Melirik ke arah jam di tangan demi memburu waktu,
Namun tak ku lihat tanda kehadiranmu..
Yang semakin menyakiniku,
Kau tak kan pernah datang..Izinkan aku pergi,
Moga kau dapati pengganti yg lebih memahami dan mengertimu..
Sabarlah wahai hati,
Moga terawat segala kelukaan ini..
Ku sentuh hati yang perit di dada ini,
Yamhullah Huma Yasyak..
Semoga Allah menghapuskan apa jua yg dikehendakinya..
Kulemparkan jauh rasa hati ini,
Supaya ia hilang luput dek waktu..
Amin Ya Robbal Alamin.. "


"Ya Allah, aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku ada di tanganMu, hukum-hukumMu berlaku atas bahuku dan ketentuanMu adil terhadapku, aku memohon atas segala nama yang Engkau sebutkan dengan zatMu atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabMu atau yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisimu agar menjadikan Al-Quran sebagai penghibur hatiku, sebagai cahaya penerang dadaku, sebagai pelepas kesusahanku dan sebagai penawar kesedihanku".. 

(HR Ahmad dan disahihkan oleh Al-AlBani)


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Thursday, March 14, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Terajui Minda Wahai Bumiputeraku :)

Hari ini,ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan khususnya buat BUMIPUTERA.Buka hati,lapangkan minda,muhasabah diri.Tonton video ini dan telan apa yang disampaikan biarpun berat. Hakikat yang harus ditelan oleh orang melayu pada hari ini. 

Terpulang pada diri kita sendiri samaada nak lihat generasi akan datang meneruskan legasi yang kita tinggalkan hari ini dalam keadaan yang bertambah baik atau keadaan yang lebih parah di tanahair sendiri.Mesej dlm video ni memang sangat mendalam ! Ibarat kata pepatah, dimana ada USAHA disitu ada KEJAYAAN. Jangan malas atau hanya terus mengharapkan bantuan kerajaan. Jikalau kita gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selama nya. 

Lakukan perubahan untuk kemajuan. Kita jangan iri hati dengan kejayaan orang lain, namun kita cari jalan penyelesaian, betulkan kesilapan demi untuk memajukan diri agar seiring dengan kemajuan orang lain. BUMIPUTERA perlu berjaya! TERAJUI MINDA! Akal mcm pisau,kalau tak asah,lama2 tumpul juga. Jgn salahkan org lain klu mereka ambil hak kita. Masa depan tak kan berubah dgn sendiri.Maukah kita, Sanggupkah kita, Beranikah kita? Tanya pada diri :)




Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Monday, March 11, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menghargai dan dihargai.



Hargai hidup ini, hargai setiap saat yang kita miliki, kerana ia tidak akan berulang semula. Bukankah yang paling jauh dari kita itu ialah masa yang telah berlalu? Dan yang paling dekat itu ialah maut?

Apabila mengenangkan semua itu, aku akan menarik nafas perlahan-lahan lalu memejamkan mata seketika. Kemudian aku tersenyum dalam mata yang terpejam. Senyum yang penuh rasa syukur. Tika itu, namaNya kusebut di dalam hati. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup hingga saat ini. aku tidak tahu bilakah peluang dan kesempatan ini akan tamat. Aku tidak tahu jangka masa kontrak hidupku yang tersurat dalam ketetapanNya.

Justeru, aku berusaha untuk menghargai semuanya yang ada didepan mataku saat ini. Diri sendiri, keluarga, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara dan semuanya. Merasa diri dihargai adalah nikmat hidup yang tidak mampu diluahkan dengan cuma berkata-kata, hanya mampu bersyukur padaNya. Bagaimana untuk bersyukur padaNya? Persoalan itu terlalu besar untuk dikecilkan sempadan jawapannya.

Apa yang dapat kukatakan, berusahalah untuk menjadi hamba yang terbaik mengikut kemampuan diri. Berusaha untuk menjaga dan menghargai nikmat iman dan Islam yang dikurniakanNya. Bersihkan hati sentiasa, perbaiki peribadi, mantapkan amal dan ibadah, dan lapangkan dada untuk segala ketetapanNya. Percaya dan yakinlah, semua ketetapanNya untuk diri kita, tidak pernah sia-sia. Pasti ada hikmah dan pengajaranNya.

Akan tetapi,terkadang kita gagal menghargai  insan-insan pelengkap hidup kita. Acapkali juga kita menolak insan-insan ini ketepi dan dia tanpa merasa hati akan tetap sentiasa mendekati kita. Walau kita tahu dia memperlakukan ianya perkara remeh, tapi tidakkah dia mengerti, bahawa hal yang sebegitu temeh mungkin menjadi punca akhirnya berkecainya sekeping hati yang diperkecilkan.

Cubalah hargai perasaan orang lain.Meskipun hal itu tidak bererti apapun bagimu, bisa jadi hal itu sangat bererti baginya. Mungkin disatu masa disaat dia melangkah pergi, kita mula terasa tertanya dimana pemberi suka dikala duka, dimana pemberi tawa dikala tangis dan dimana dia yang sepatutnya disisi kala kita mula rasa jatuh.

Selagi masih bernafas, walau terkadang dalam kelukaan, cuba diingatkan pada diri, supaya sentiasa bersangka baik, tidak mementingkan diri sendiri dan cuba memahami sedaya upayaku. Kepada mereka yang pernah melukai, menyakiti, menghancuri dan juga mempergunakan, ku ampuni segalanya dunia dan akhirat. Moga ku terus berjuang dalam hidup dengan penuh sabar dan tabah, dalam menempuhi rencah hidup yang terkadang sakit dan pedih. Kucuba, hargai yang lain, kerana kekurangan dan perbezaannya. Dan ku harap juga sebaliknya buat diri ini.

"Sick of Crying,Tired of Trying,Yeah I'm Smiling, But inside I'm Dying "




Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Sunday, March 10, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tips Kahwin Muda :)


Sejak dua menjak nie selalu pulak dapat jemputan ke majlis pertunangan dan kenduri kahwin.Seriously happy sangat bila makin ramai yang berhasrat membina masjid.Saya doakan rakan-rakan sentiasa bahagia dan dipermudahkan dalam urusan rumahtangga, jadi suami dan isteri yang soleh solehah dan dapat anak2 yang comel. Kalau dulu, reunion hanya kita-kita.Tapi sekarang, dah bertambah dengan anak bini.Alhamdulillah :)

Tiba-tiba hati terdetik nak bekongsi sedikit tips bagi rakan-rakan yang masih bujang yang teringin nak berumahtangga tapi segan dan silu nak bagitaw mak ayah.Opss..bukan saya taw.HAHA.Tapi berdasarkan pengalaman sebelum nie,adalah dua tiga orang yang meluahkan isi hati sedemikian tapi takut nak berhadapan dengan mereka takut di'reject' atau dihalang.
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh kalian cuba ikuti:-



1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.



p/s: Zaman dulu-dulu,bagi kaum perempuan yang ingin mendirikan rumahtangga,perlu khatam Al-Quran.Tapi zaman sekarang jarang tengok ada majlis bacaan Quran sebelum nikah di belah pihak perempuan.


Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Friday, March 08, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Garang diluar,lembut di dalam :)

Kisah Mamat Jiwang & Minah Brutal


Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~p/s~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat In shaa Allah hati dia lembut mendengar nasihat mu...

Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Thursday, March 07, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kalau Tak Suka,Pulangkan :(

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…


p/s:Benarlah kata orang,kita akan rasa kehilangan bila orang tu betul2 hilang dari hidup kita.So,hargailah orang yang ada disekeliling kamu sebelum dia pergi meninggalkan dirimu..
Terima kasih sudi baca.I love you readers!Kalau suka,sila LIKE ;)

Penat Membebel Wednesday, March 06, 2013 0 juta menulis :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Nak cari ape?Mai klik sini! ;)

Gula Hati Saya ;)

  • ♥ MY HAPPY LIFE! ♥
  • ♥ KESAYANGAN SAYA ♥
  • ♥ SUPERB DADDY'S BIRTHDAY ♥
  • ♥ BIRHTDAY SURPRISE FOR BEAUTIFUL MOM ♥
  • ♥ HOME SWEET HOME,HEAVEN OF MY FAMILIA ♥
  • ♥48th BIRTHDAY CELEBRATION FOR PAPA♥

Wishlist

impian saye Sporty Ford Fiesta Good Career My Own Teratak Villa Loving Husband & Cute Children

All of my kesayangans

syg mereka

Here There Bout Me !

WAN NATINA EMILIA BT WAN MOHD YAACOB

Truly love my family and friends like DAMN! Live in Pekan, Pahang. Born on 18th July 1990. Degree holder of BBA (Hons) Marketing. Filling my free time by reads novel & decorating home. Love Purple,Lavender and Butterfly. Crazy to Home & Furniture Design !

Flashback :)

  • ▼  2013 (13)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (6)
      • Pergilah Wahai Rasa Hati Ini..
      • Terajui Minda Wahai Bumiputeraku :)
      • Menghargai dan dihargai.
      • Tips Kahwin Muda :)
      • Garang diluar,lembut di dalam :)
      • Kalau Tak Suka,Pulangkan :(
    • ►  February (5)
  • ►  2011 (54)
    • ►  August (1)
    • ►  June (18)
    • ►  May (26)
    • ►  April (7)
    • ►  January (2)

Followers yang AWESOME!

 

Happy Life of Mine

Happy Life of Mine

My SKPJ's Besties

My SKPJ's Besties

My Ahmadian's Frenzies! ;)

My Ahmadian's Frenzies! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Group of UiTM Jengka's Members! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)

Memories of Kampus Bandaraya Melaka! ;)









This blog kepunyaan Miss Lavender . Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa . Jika suka sila LIKE dan FOLLOW blog miss . Designed By cik WanNatinaEmilia